Sunday, April 22, 2012

Kari menjadi :)


Saya paling kurang reti masak kari. 
Sebab saya rasa macam susah. 
Dan saya takut tak jadi. 
Tapi hari tu saya cuba gak. 
Main agak2 je dengan harapan ada 'rasa' kari. Hehe. 
Alhamdulillah, mama kata "ok". 
Paling best bila mama kata "ni macam beli je..." 

Kari Daging 

Bahan-bahan: 

Daging 
Bawang putih 
Bawang merah 
Halia 
Bunga lawang 
Bunga cengkih 
Kayu manis 
Serbuk kari 
Kentang 
Santan 

Cara-cara: 

Bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk. Campur skali ngan serbuk kari. First skali, tumis rempah2 (bunga cengkih, bunga lawang & kayu manis). Tak yah tunggu lama2. Lepas tu masukkan campurang bawang2 dan serbuk kari tu. Tumis sampai pecah minyak. Then masukkan daging. Kacau rata and tutup periuk. Kasi sebati. Tak yah masukkan air sebab nanti daging tu akan keluarkan air sendiri. Agak2 daging dah macam sebati or maybe time tu daging dah nak empuk, masukkan kentang dan santan. Biarkan and tunggu sampai semuanya empuk. Boleh masukkan tomato kalau nak. Owh, jangan lupa garam :) 

Sambal Ikan Bilis + Tempe

Bahan-bahan:

Ikan bilis
Tempe
Bawang merah
Bawang putih
Asam keping
Cili boh 
Minyak

Cara-cara:

Goreng ikan bilis ngan tempe dulu. 

Tumis bawang merah and bawang putih sampai wangi. Masukkan cili boh. Tumis sampai sedikit garing. Masukkan asam keping. Pastu garam and sedikit gula. Last skali masukkan ikan bilis dan tempe. Gaul sampai rata. 

Siap! 


Lalalala


Selama ni makan kat kedai je. 
Kali ni cuba masak sendiri. 

Bahan-bahan: 

Lala 
Bawang besar 
Bawang putih
Halia
Cili api
Tomato sos
Cili Sos
Oyster Sos
Telur

Cara-cara:

Tumis bawang putih, halia & bawang besar sampai nak dekat garing. Masukkan semua sos. Kacau sampai sebati. Masukkan pulak lala. Tutup periuk. Kasi dia serasi. And masa ni air2 dari lala akan keluar jugak. So tak yah letak air. Kalau nak letak gak, letak je la sikit. Masukkan cili api. Agak2 bila lala dah masak, tuangkan telur yang dah dipukul. Kacau rata. 

Siap!

Wednesday, April 18, 2012

Tom Yam


Ini adalah hasil masakan saya semalam.
Saya kurang sihat. Jadi saya cuma larat masak yang simple je.
Pada saya tom yam juga sama lebih kurang macam Nasi Goreng - just campak2.

Saya berpegang pada rules of tom yam: Pedas, masam dan perlu ada bau tomyam. :)

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang besar
Serai
Daun limau purut
Cili api
Pes tomyam
Limau nipis
Ayam
Sayur-sayuran (cauliflower, carrot, tomato, baby corn, batang saderi)
Air

Cara-cara:

Tumis bawang putih, bawang merah dan serai secara ala kadar. Masukkan ayam . Agak2 ayam dah "serasi bersama" masukkan air. Tutup periuk bagi diorang lagi mesra. Jangan lupa daun limau purut sekali ye. Tunggu sampai mendidih. Masukkan pes tomyam. Lepas tu masukkan sayur2an kecuali tomato. Tunggu jap pastu masukkan tomato, cili api and jus limau. Letak garam secukup rasa.

Jangan lama2 sangat sebab nanti tomato ngan sayur overcooked. Tak comel.

Simple kan? Saya suka. :)

Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Sunday, April 15, 2012

I ♥ Nasi Goreng!


Saya adalah penggemar nasi goreng.
Nasi goreng adalah makanan yang paling mudah di sediakan.
Dah la paling senang nak prepare, ia juga paling cukup segala benda.
Kira macam all-in-one la.
Senang nak prepare sebab dia macam soalan 'Pada pendapat anda...' time exam sebab soalan cam ni biasanya "tiada betul atau salah".
So kira macam campak je la apa pun dalam tu...
And nama boleh ikut suka je nak letak apa.
Hehehe...

Nasi Goreng Cina ala Cik Siti

Bahan-bahan

Nasi
Bawang besar
Bawang putih
Isi ayam
Telur
Mix vege

Cara-cara:

Make sure nasi untuk nasi goreng ini tidak lembik. Pas tu make sure nasi dah sejuk. Sebab nasi yg lembik atau nasi bergumpal2 adalah sangat 'potong' ye untuk nasi goreng.

Ok. Tumis bawang besar ngan bawang putih. Pastu masukkan isi ayam. Agak2 ayam tu dah ok, masukkan mix vege pastu pecahkan telur. Eh, sebelum masukkan telur tu... Kalau boleh time tu dah letak garam and make sure la garam tu dah larut ye. Kang berketul kat telur, padan muka masin! Bila agak2 dah 'serasi bersama', masukkan nasi.

Owh, lupa lak nk cakap. Lagi sedap bila letak pepper.

Alrite. Tu je.

Sekian terima kasih :)

Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Saturday, April 14, 2012

Brokoli Goreng



Antara Khasiat Brokoli ialah:

Dapat menjauhkan penyakit barah
Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat.

Kaya dengan Vitamin C dan Kalsium
Tahukah Anda bahawa kandungan kalsium dalam brokoli lebih banyak jika dibandingkan dengan segelas susu, dan brokoli juga diketahui mengandung lebih banyak serat daripada sepotong roti gandum!

Meningkatkan daya kerja otak
Peneliti dari Royal Pharmaceutical Society membuktikan bahawa brokoli mengandungi senyawa yang sama dengan ubat-ubatan penyakit Alzheimer.

☆sumber: Google

Bahan-bahan:
Brokoli
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Merah
Udang basah
Oyster Sos

Cara-cara:

Mula2 tumis bawang besar, bawang putih ngan cili merah sampai naik bau. Pastu masukkan udang basah. Agak2 udang dah tukar warna, masukkan brokoli. Then, masukkan oyster sos and sedikit air. Tutup kuali jap untuk 'mesra' kan diorang. Jangan lama sangat coz nanti sayur hilang zat. 


Tutup api. Hidang. 


Senang kan?


Sent from Cik Siti's Samsung Galaxy Note

Welcome!

Selamat datang!

Haip! Jangan gelak!
Ye. Saya tau.
Mesti ada yang terkejut kan?
Tapi tu la.
Kita kena mulakan dengan something kan?

Nak kata saya ni tak pandai memasak, tak de la seteruk itu.
Boleh masak, tapi malas yang lebih kot. :)
So, since skarang ni saya cuba untuk merajinkan diri untuk masak, saya fikir, apa lah salahnya kalau saya letak hasil masakan saya. 

Dah nama pun "Dapur Bujang Cik Siti", sila jangan expect hasil masakan yang extravaganza ye.
Saya adalah seorang yang simple.
Jadi masakan saya juga semestinya yang simple.

Ok lah.
Tu je.

Sekian :)